MALAYSIA berada pada kedudukan tertinggi di kalangan negara ASEAN yang berhadapan dengan masalah obesiti, manakala yang keenam di rantau Asia Pasifik.
Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, berkata masalah itu berpunca daripada pengambilan gula yang berlebihan di kalangan rakyat negara ini.(BERITA HARIAN ONLINE, 15hbNOV 2011)
Bukan gula je, minyak dan trans lemak pun faktor utama. Kegemukan bukan perkara baru dalam hidup kita, inilah masalah yang yang seringkali menghantui kebanyakan orang tidak kira lah negara Malaysia, Amerika, Asia mahupun seluruh dunia.
TUJUAN
Tujuan aku tak lain dan tak bukan adalah untuk memberi seberapa banyak info untuk menolong kawan-kawan yang ingin menguruskan badan dan demi untuk kesihatan yang baik. Kerana hidup ini cuma sekali Allah berikan kepada kita dan menjadi tugas kita untuk menjaga kesihatan dengan sebaik-baiknya. Tapi sebelum itu aku ingin menegaskan perkara dibawah:
"Apa-apa yang terkandung di dalam blog ini tidak ada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Kalo korang nak amik apa-apa kenyataan atau nak 'share' aku tak kisah tapi biarlah untuk tujuan kebaikan ye. Aku tidak akan bertanggungjawab atas tindakan korang."
SKOP
Mestilah tumpuan diberikan kepada aku dahulu sebab aku "lab rat" untuk korang samada program aku berjaya atau tidak. Aku akan bahagikan skop kepada beberapa bahagian iaitu;
1. Matlamat
2. Sumber Pengetahuan
3. Makanan (Diet)
4. Aktiviti
5. Falsafah
INFO FIRDAUZ
Name : Mohd Firdauz B. Tukiman
Umur : 27 Tahun (2012)
Sebelum: Selepas:
Umur : 26 (30 Nov 2011) Umur: 27 ( 31 Januari 2011)
Tinggi: 170 cm Tinggi: 170cm
Berat :104kg Berat: 85kg
KENAPA AKU NAK KURUS?
Semua orang nak kurus dan sihat, jangan tipu lah kata nak gemuk...haha. Sebenarnya dari kecil lagi aku memang gemuk tapi masa diploma (2003) semester dua aku pernah kurus (pernah capai 60kg) sebab tersedar kejap, lepas tu pada tahun 2008 masa ijazah aku mula gemuk tahap obes la aku kira, sebab tak jaga makan dan STRESS!. Selepas ijazah dan bekerja aku langsung tak jaga makan dan exercise pun kurang ditambah dengan beban keje yang banyak dan susah so semakin STRESS X2 lah. Cara menghilangkan stress adalah dengan makan kot. Tanggal 30 November 2011, aku ambil keputusan berhenti kerja untuk sambung blaja master kemasukan Febuari 2012. So, ada 2 bulan 15 hari untuk aku kurus. Kerana aku tersedar ada 3 benda penting yang Allah bagi kat dalam dunia ni. 3 benda penting tu ialah:
1. Iman- Dunia atau akhirat? pilihlah akhirat yang kekal abadi, keje sampai mati pun kalau tak
solat jangan harap masuk syurga
solat jangan harap masuk syurga
2. Ilmu- orang sanggup bayar berjuta-juta wang nak dapat ilmu yang mereka tak ada, nak
cari ilmu bukan main payah tapi nak melupakannya mudah sekali
3. Kesihatan- kalau ada jutawan nak beli paru-paru korang sebanyak satu juta ringgit adakah
korang nak menjualnya?tak nak kan? nak? (mata duitan betul..haha)
korang nak menjualnya?tak nak kan? nak? (mata duitan betul..haha)
inilah yang menyedarkan aku, menjadi gemuk sebenarnya kita perlahan-lahan
memendekkan jangka hayat kita,sebab apa? nanti aku bagitau
4. Kaya? - Pilihan (optional) sebenarnya tapi menjamin la. Banyak berdoa dan berusaha
insyaAllah boleh dapat
insyaAllah boleh dapat
1.0 MATLAMAT
Tanpa buang masa lagi, aku nak pecahkan rahsia nak jadi kurus ni. Seperti yang kita tau berat aku sebelum ini adalah 104kg, aku nak berat aku menjadi 75kg (target bulan april 2012). Tapi bagi aku paling kurang pun kena susut 1kg dalam seminggu. Adakah ia misi mustahil? tidak mustahil langsung! bagi aku paling extrem orang boleh kurang 3kg dalam seminggu tapi ingat ini yang extrem ye. Jangan buat yang extrem di rumah ye kawan-kawan.
1.1 SUMBER PENGETAHUAN
Orang kata lah, bukan aku kat (ayat Sathia), nak buat sesuatu kena lah ada ilmu dulu. Ha, ape yang aku buat? aku search kat pak cik google ni lepas tu terjumpa dan terbaca banyak artikel mengenai kesihatan dalam blog ni. Blog yang aku maksudkan tu adalah:
1. http://sususejat.com/
Beratus-ratus info ada kat dalam blog ni, aku amat berterima kasih kat die. Sebab die aku blaja pasal kalori makanan, degupan jantung (Heart beatz), makanan dan lain-lain lagi. Ape laie, pi la melayari nya pun.
2. Buku Rahsia Diet Sepanjang Usia ( Ditulis oleh Norafidah Mat Rashad )
Harga buku RM 9.00, murah kan? tapi macam-macam amalan permakanan yang sihat dalam buku ni. Dah nama pun rahsia, kalo aku tulis buku ni aku jual rahsia aku dengan harga RM 2000. Murah dan banyak info yang paling aku ingat ialah makan buah tomato untuk kuatkan sendi tulang, tak payah pun nak beli ubat sendi yang harganya 60 hinggit, beli je buah tomato 4 biji baru RM2. Aku dah cuba ternyata ia BERHASIL!.
3.http://www.bodybuilding.com/fun/index.html
Dalam supersite ni ada ajar pasal nutrition, suplement, workout, motivation dan aktiviti bodybuilding.
4.The Biggest Loser
Saluran: Astro, Diva (702)
Siaran: Khamis & Jumaat 11.05am. Ulangan 700pm
Season 9
Seronok la cerita ni. Ada sedih skit-skit la, tapi gua tetap cool ja. haha. Banyak memberi motivasi tapi yang paling penting nak tengok hasil (result) dari gemuk jadi kurus ja. Kalo korang tengok cerita ni, mereka ada bagi tips-tips yang berguna untuk dipelajari. Bila korang tengok, korang akan lebih menghargai dan berusaha nak berjaya macam peserta-peserta dari The Biggest Loser. So, pi la tengok sambil bersenam. Hehe.
5. MTV I Used To Be Fat
Saluran: Astro MTV (713)
Siaran: Khamis 12.00am
Kali pertama aku tengok cite ni masa dok rilek atas kerusi, cite ni mengisahkan budak terpilih oleh MTV untuk menguruskan badan dengan trainer dalam masa lebih kurang 100 hari (3 bulan setengah). Trainer die fulamakatak, tough tu. Yang aku tengok hari tu berat asal budak ni dekat 300lbs = 150kg (lebih kurang) dalam masa 110hari die dapat susut hingga 166 lbs = 83kg (lebih kurang). So, takde alasan kan untuk menjadi kurus?mula lah dari sekarang..
2.0 MAKANAN (DIET)
Asal blog atau web kesihatan ja mesti letak makanan gambar macam sayur dan buah kan?
typikal betul.haha.
In sebenarnya bab paling susah, banyak orang yang telah tertewas. Bak kata pelatih (trainer) aku senaman (exercise) dalam gim cume 5% saja selebihnya diet kena jaga. Maknaya jaga makan adalah 95% kalau nak berjaya. Susah tak? Tak ada apa yang susah.
2.1 Kalori
Apa itu kalori? Secara ringkas kalori ialah sesuatu untuk digunakan sebagai tenaga, tapi kalau tak digunakan tu yang jadi lemak (spare tyre) dalam badan. Tau tak setiap orang ada keperluan kalori harian masing-masing? Kira macam duit blanja sekolah la, kalau tak cukup mestilah lapar sebab tak cukup makan, tapi kalo berlebih mewah la korang pada hari tu. Macamna nak kira keperluan kalori harian? ha..korang kena pergi melayari blog susu sejat ye. Kat tepi sebelah kanan ada calculator yang disediakan oleh tok guru Susu Sejat . Di bawah merupakan contoh keperluan kalori aku dalam sehari iaitu 1974kcal. kenapa aku ambil nilai yang kecil bukan 3404kcal? aku akan terangkan untuk pengiraan nanti ye.
Ok. Keperluan kalori harian aku 1974kcal, sekarang aku nak tau berapa lama aku boleh kurus. Kaedah ini juga menggunakan formula dari tok guru Susu Sejat. Tapi, begitu rumit untuk aku terangkan, jadi yang ni korang kena melayari sendiri, aku bagi link die ja
http://sususejat.com/kalori-mengawalmu-hanya-di-hujung-jariku-bahagian-3/
Rumus ni untuk mengetahui bila korang akan kurus, dengan kata lain, ia berkaitan dengan MASA
Dah tau masa, macamana pula kalau korang ada target nak susut 1kg dalam seminggu? Ni kaedah aku dicampur dengan kaedah tok guru Susu Sejat. Macam ni, tadi keperluan kalori harian aku adalah 1974kcal maknanya aku harus makan kurang dari 1974kcal untuk kurus! sekali lagi kurang dari keperluan kalori harian aku. ( <1974kcal UNTUK KURUS ).
Sedikit fakta dari Susu Sejat:
"Jika hendak naik/turun berat sebanyak 1lb (0.45kg), kita hendaklah tambah/kurangkan 3500kcal dari DCR kita"
Sekarang anda dah tau bahawa kalau nak susut 0.45kg korang kena kurangkan 3500kcal. Katalah dalam seminggu aku nak kurang 1 kg. keperluan harian aku 1974 x 7 hari = 13,818kcal. Jadi nak kurang 1 kg(sebenarnya 0.9kg) korang kena la tolak (3500kcal x 2 = 7000kcal). 13818kcal-7000kcal = 6818kcal. Jumlah kalori makanan dalam seminggu yang aku kena makan ialah 6818kcal. Dalam sehari pula 6818kcal bahagi dengan 7 hari (6818kcal/7hari) = 974kcal. Aku kena makan 974kcal dalam sehari untuk susut 1kg dalam seminggu.
Kira-kira dah paham? belum? kena la cuba pahamkan. Tak apa, nanti aku bagi contoh aku punya kiraan. Seperti yang kat atas aku perlu makan makanan dengan kalori 974kcal kan? macamana nak tau kandungan kalori dalam makanan. Sekali lagi, jasa baik tok guru Susu Sejat amat kami perlukan. Hehe. Ni la link die, die dah senaraikan kalori dalam makanan. Terima Kasih ye En. Susu Sejat.
Link: http://sususejat.com/bacaan-wajib/kelas-kalori/
Ni pula contoh diet dan kiraan kalori aku.
Berat: 104kg
Tarikh Mula: 30 November 2011
Keperluan Kalori Harian : 1974kcal
Keperluan Kalori dalam seminggu : 13,818 kcal
Aku target susut dalam 2.5kg hingga 1 kg dalam seminggu, Jadi ini adalah pelan pemakanan aku
Aku bahagikan waktu makan kepada 6 waktu iaitu pada pukul 8.00am,10.00am,12.00pm, 3.00pm, 6.00pm dan 9.00pm. Sengaja aku makan 6 kali sehari bagi membantu dalam proses metabolisma dan tahan rasa lapar. Berikut merupakan waktu makan aku;
Jadi pengambilan kalori aku 1 hari = 649.7kcal
Pengambilan kalori aku kurang dari keperluan kalori aku dalam seminggu iaitu
4547.9kcal < 13,818kcal beza atau pengurangan ialah sebanyak 9270.1kcal, Jadi brapa kg aku akan susut dalam seminggu?
9270.10kcal dibahagi 3500kcal didarab dengan 0.45kg = (9270.10kcal / 3500 kcal x 0.45kg) = 1.12kg
Ya betul, aku akan susut sebanyak 1.12kg dalam seminggu! Kalau aku ambil keperluan harian 3404kcal berbanding 1974kcal maka susut dalam seminggu akan bertambah. Aku lebih suka ambil keperluan kalori sehari kurang sebab tak mahu bagi harapan yang tinggi kepada diri sendiri dan aku selalu mengambil "worst case scenario" supaya aku akan lebih berusaha.
Baiklah, sekarang korang telah pun pandai untuk meletakkan matlamat berapa hendak susut dan mengiranya. Kalau anda hendak susut sehingga 2.5kg dalam seminggu pun boleh, cuma perlu adjust makanan dan pilih makanan yang kurang kalori ataupun tambahkan senaman (exercise). Tapi aku harap janganlah adjust sampai hendak susut 3kg ke atas dalam seminggu. Bagi aku, cara tu amat merbahaya. Ingat, badan kita perlu zat-zat tertentu untuk melakukan kerja.
Lagi satu, mitos " Mitos Jangan Makan Nasi Nanti Badan Cepat Naik" adalah salah sama sekali. Hari-hari aku makan nasi, tapi masih mampu untuk menguruskan badan. Lagipun nasi sedap. Haha.
Lagi satu, untuk mengawal kalori korang boleh adjust dengan mengurangkan kuantiti contoh
sebiji epal = 63kcal kalau setengah biji epal = 31.5kcal. Betul tak?
Aku tau ada antara korang yang nak kurus cepat dan sanggup untuk guna cara extrem tapi untuk permulaaan biar lah korang kurangkan 0.5kg, pastu pada bulan ke-2 1 kg dan bulan ke-3 1.5kg. Perlahan-lahan tapi dapat bertahan dalam jangka masa yang panjang dari guna cara extrem dan bila tak jadi cepat putus asa dan berhenti.
Tips Lain:
A) Masak sendiri, Jangan makan kat luar. Makan kat luar korang tak tau berapa banyak tukang
masak masukan garam, gula dan minyak. Kebaikan masak sendiri - mengeratkan hubungan,
dapat jaga apa yang kita makan dan jimat duit korang.
B) Bawak bekal. Kalau aku, suka tupperware yang ada pembahagi sebab boleh letak buah, lauk dan nasi
C) Kalau korang nak makan makanan kegemaran, makanlah. Tak ada halangan, cuma kurangkan
pengambilan atau kandungan atau katalah hari tu korang makan makanan macam kfc jadi pilih
makanan yang kurang kalori pada waktu yang seterusnya pada hari itu
Mitos :
-Selalu tengok perempuan yang nak diet makan salad kan? betul ka boleh susut? Jawapan die memang cepat kurus pun sebab kalori sayur sedikit saja lebih kurang 17kcal. Tapi aku tak leh makan mentah, aku buat masakan melayu tapi kurangkan minyak. Sayur 1 ikat boleh tahan sampai 3 hari dan kalau guna minyak 2 sudu (satu masakan ) dibahagi 3 hari bukankah kandungan minyak dah berkurang? Masak ke kalau guna sikit minyak? Tentulah masak.Ada caranya.
2.3 Resipi Firdauz
Ni dia chef Firdauz nak ajar masak ye. Mak cik Kiah, Peah jangan lupa salin atas kertas ye. heheh
2.3.1 Resipi Sup Kobis Telur
Bahan-bahan die:
1) Kobis (200g)
2) Bawang putih diketuk (3 ulas)
3) Bawang besar dipotong nipis (1/2 biji)
4) Telur (1 biji-ambil putih telur dan sedikit kuning telur)
5) Cili merah dipotong kecil (1 biji)
6) Daun bawang dipotong pendek (secukupnya)
7) Air (4 cawan)
8) Garam (secukup rasa)
9) Minyak untuk menumis
Aku nak masak sayur dengan daging, korang boleh ganti sotong dengan ayam, jadilah lauk dua dalam satu. tapi sotong atau ayam haruslah direbus dahulu supaya daging dia masak sepenuhnya dan boleh lah digoreng dengan minyak yang SEDIKIT sahaja.
Ni contoh minyak yang aku gunakan untuk menumis dan menggoreng lebih kurang 3 sudu besar sahaja.
Pastu ikut lah kaedah ni;
-Tumis bawang putih hingga wangi.
-Masukkan bawang besar. Tumis hingga layu.
-Masukkan kobis, cili dan air. Biar hingga mendidih.
-Masukkan telur. Kacau sedikit demi sedikit bagi mengelakkan telur terlalu hancur.
-Masukkan daun bawang. Kacau dan sedia untuk dihidang
Hasilnya:
Skarang ni nak membahagi kandungan nasi yang perlu dimakan pulak ye
Bahagikan nasi kepada 4 bahagian
Ambil satu bahagian atau kalau rasa tak cukup ambil la 2 bahagian selebihnya untuk disimpan, boleh makan dalam 3 kali lagi
Nilah kuantiti yang aku selalu makan hari-hari.
Kalori = 110kcal
Resipi ke 2 iaitu Roti dengan telur
Kali ni nak ajar macamana nak goreng telur tanpa minyak, boleh ke? magik-magik.hehe.
Guna saja 'frying pan' versi anti lekat.
1) Macam biasa la telur putih dengan sedikit telur kuning
2) 1 keping roti wholemeal
3) Sos cili
4) Tomato, salad pun boleh
Kaedahnya;
masak telur di atas 'frying pan' anti lekat
Biar bawah sahaja masak stlye telur goreng mat saleh la ni, pastu letak atas roti, letakan sedikit salad dan cili sos. Hasilnya
Kalori = 77.5kcal
Selesai sudah mengenai makanan, tapi tak semestinya korang kena ikut, ni sebagai panduan. Kadang-kadang aku tukar menu jadi ayam goreng kunyit, tom yam ayam, sayur kangkung. Ikut la apa nak makan, tapi dengan mengawal kuantiti. Sebelum terlupa, sekarang aku minum air milo, teh, nescafe TANPA GULA. Korang tak boleh nak buat macam tu? boleh, kurangkan secara perlahan-lahan sampai korang boleh minum tanpa gula. Garam pun sama sebab garam retain (tahan) air dalam badan.
Ni lah garam yang aku ambil selalunya bila masak 1/2 sudu kecil sahaja.
Garam berlebihan punca darah tinggi.
3.0 AKTIVITI (EXERCISE).
Walaupun aku dah nak mula pasal bab excercise, tapi harus diingat makanan(diet) memainkan peranan yang besar untuk kurus (95%) tapi senaman (exercise) cume sikit saja(5%). kenapa? cube fikir pasal mitos ni ( mitos yang aku cipta sendiri. )
Bila kita kurang makan, tapi tak exercise kita mampu untuk kurus
Tapi kalo kita banyak exercise, tapi tak jaga makan. Boleh kurus ke? haram...hehe
Sebab ape eh? tengok ye makanan macam roti canai sekeping = kalori 300kcal tapi kalo nak bakar kalori 300 kcal = berjoging trek sepanjang 6.5km(lebih kurang) . 6.5km!. Sekarang cuba pilih antara tak mau makan roti canai atau joging sepanjang 6.5km? Tentulah tak mau makan roti canai kan? Haa..bukan tujuan aku nak takutkan korang supaya jangan makan. Boleh, makan tapi seimbangkan dengan makanan yang lain. Kan Keperluan Kalori Harian ada.
Aku, sejak 30 November 2011, aktiviti harian aku hanyalah berjoging sahaja.Berjogging sejauh 6km seawal 7.00am(biasalah tak keja) habis joging dalam pukul 8.30am (1 jam setengah) di Taman Tasik Titiwangsa. Kenapa aku berjoging tapi tak buat weight training? Sebab jogging, kita boleh tau brapa banyak kalori yang kita bakar, dan kalori tu dibakar masa tu jugak. Macamana aku tau? Korang kena baca dalam blog Susu Sejat. Aku akan attach sedikit petikan menunjukan pembakaran kalori semasa berjoging atau berjalan.
Petikan dari akhbar berita harian Iklan Kementrian Kesihatan
Running 8km/j – Menggunakan 256kcal untuk 30 minit
Running 10km/j – Menggunakan 329kcal untuk 30 minit
Running 12km/j – Menggunakan 421kcal untuk 30 minit
Berlari sejauh 8 kilometer dapat membakar kalori lebih banyak lagi yaitu 590 kkal/jam
Running 10km/j – Menggunakan 329kcal untuk 30 minit
Running 12km/j – Menggunakan 421kcal untuk 30 minit
Berlari sejauh 8 kilometer dapat membakar kalori lebih banyak lagi yaitu 590 kkal/jam
Petikan di atas ni aku ambil dari satu blog ni, lupa alamat blog. Beliau rajin berjoging. Korang boleh search blog die dengan taip "Jarak Tasik Titiwangsa"
2.7km taman tasik titiwangsa=170kcal (1 pusingan)
5.4km taman tasik titiwangsa = 340kcal (2 pusingan)
Jadi korang dah tau jumlah kalori yang dibakar, samada nak ikut masa atau jarak joging.
Ada lagi satu mitos nak mintak korang fikir;
'Kalori yang dibakar tetap sama dengan jarak yang sama tapi dengan kelajuan berbeza samada berjalan, berjoging atau berlari'
So fikir-fikirkan, korang boleh test menggunakan treadmil.
Masa aku mula-mula joging dengan berat badan 104kg memang perit, dengan berat macam bawak besi 20 kg sambil joging. Habis basah baju aku. Tapi setelah sebulan berjoging, aku rasa senang saja. Dan aku jadi ketagih untuk berjoging. So apa yang diperlukan untuk berjoging?
Bahan-bahanya ialah:
1) Baju dan tracksuit - takan nak bogel plak pergi joging. Tracksuit penting untuk flexiblity, baju T.
Penah tengok orang joging pakai baju hujan tak? hehe.. aku tak pakai. Korang nak
pakai, pakailah, mana tau hujan kan?
2) Topi- joging waktu pagi, mula pukul 8.00am dah panas dah.
3) Mp3-Masa joging buka lagu rancak-rancak, jangan lagu tangkap leleh plak, kang korang
menangis masa joging. Lagu rancak beri motivasi untuk jogging lebih laju dan hilang
rasa penat. Pecaya tak kadang-kadang aku nyanyi tanpa suara masa joging? Orang tengok
mesti kata aku baca jampi. hehe. Kelebihan yang ke-2, korang boleh fokus terhadap senaman
(exercise) korang, awek ngorat ke, lori jual sayur hon ke, orang duk kutuk ke, semua korang tak
akan peduli. Aku bagi senarai lagu yang aku suka masa jogging, rancak rasa macam nak
berlumba je.
FlatOut: Ultimate Carnage
01. 32 Leaves - Waiting
02. A Static Lullaby - Hang ‘Em High
03. This Is Menace - Cover Girl Monument
04. Art of Dying - You Don’t Know Me
05. The Classic Crime - Blisters and Coffee
06. Dead Poetic - Narcotic
07. Everything At Once - Boys On The Hill
08. Hypnogaja - They Don’t Care
09. Kazzer - Fuelled by Adrenaline
10. Manafest - Wanna Know You
11. No Connection - Feed the Machine
12. No Connection - The Last Revolution
13. Opshop - Nothing Can Wait
14. Point Defiance - Union of Nothing
15. Sasquatch - Believe It
16. Supermercado- Ditch Kitty
17. The Riverboat Gamblers - True Crime
18. The Sleeping - Listen Close
19. The White Heat - This Is My Life
20. LUNA HALO - I’m All Right
4) Tuala kecil (RM1.50)- Untuk lap peluh. Pedih kot kalo peluh masuk mata dan bila peluh dilap barulah senang peluh baru nak keluar.
Ni trademark aku, aku akan simpulkan tuala di pergelangan tangan, simpul dan
lebihan tuala aku genggam supaya mudah untuk aku jogging. Nak lap peluh
kat dahi pun senang, cuma dekatkan pergelangan tangan kat dahi pastu lap.
5) Kasut- Kasut sukan la, kasut sekolah adik nak pakai. Pakai kasut sukan yang selesa untuk anda, apa-apa jenama pun boleh, asalkan ada getah yang cukup tebal untuk berjoging.
6) Air- Kalo haus boleh minum air. Sangat penting untuk menambah kembali air yang telah hilang di dalam badan.
Peralatan semua dah cukup, inilah teman sewaktu aku joging di waktu pagi, Pada awal minggu pertama aku joging hanya 1 pusingan di Taman Tasik Titiwangsa. Minggu ke-2 dan seterusnya 2 pusingan setiap hari. 1 pusingan mengambil masa selama 30 minit.
Tips:
1. Perut mesti kosong kan apabila lepas bangun pagi? Tapi nanti dulu! Jangan terus jogging, makan la dua keping biskut atau sekeping roti untuk alas perut. Jika tak makan sedikit, kemungkinan anda akan lemah dan rasa seperti hendak muntah
2. Masa jogging, kalau trek jogging panjangnya 3km, buat 1 pit stop setiap 1 km. maksudnya kalau 3 km ada 3 pit stops la. Pit stop ni adalah rehat sebentar atau berjalan untuk mengambil semula nafas, lap peluh dan kembalikan tenaga.
IT'S WORKOUT TIME BABEH!
3.1 Kenapa aku suka Taman Tasik Titiwangsa?
Sebenarnya di KL terdapat 2 Tempat joging yang besar, iaitu Taman Tasik Titiwangsa lagi satu Tasik di Kepong. Aku suka jogging di Taman Tasik Titiwangsa kerana beberapa perkara;
1. Tasik yang cantik dan dekat dengan rumah aku cume 15min je.
2. Pokok- macam-macam pokok ade tapi haram satu pokok pon aku tak tau nama die, kecuali pokok kelapa
3. Kucing- Orang kata 2, 3 kucing berlari. Tapi kucing ni tak lari pun, duk tunggu orang bagi friskies. Memang orang ada bagi pun, tiap-tiap pagi.
4. Kuda- Rugilah korang tak datang, ada banyak kuda, kadang-kadang, kuda jantan duk men kejar-kejar dengan kuda betina. Hehe.
5. Pemandangan yang indah-hehe.Suke tengok gelagat orang.
Abang-abang dan kakak-kakak DBKL berhimpun kat Padang Titiwangsa
6. Trek yang mencabar-kat bawah ni ade gambar kenapa aku kata mencabar. Boleh mendaki, pusing-pusing, lompat dan atasi banyak halangan.
7.Ada ikan, labi-labi, kutu air, lumut, biawak dan air pancut. hehe.
Banyak kan benda yang syok, sebab tu best jogging kat tasik titiwangsa. Korang anggap lah tasik tu sebagai treadmill yang sangat BESAR dan yang paling best ia PERCUMA!
3.2 Plateau
Apa itu plateau? Plateau ni keadaan dimana sesuatu seperti berat tak berubah sedangkan dah berusaha. Aku mengalaminya setelah sebulan aku jogging dan diet seperti biasa, masa ni berat aku dah 90kg lepas seminggu aku timbang berat aku tak turun, lepas tu aku tambah 1 lagi pusingan jogging jadi 3 pusingan pada hari jumaat yang lain dua pusingan. 2 minggu lepas tu pun masih tak turun. Jadi aku tambah 3 hari dalam seminggu aku jogging 3 pusingan dan aku kurangkan sedikit kalori dalam makanan baru berat aku turun. Tu pun lepas buang air besar sebab makan pelawas(buah betik).
Satu lagi mitos, tapi rasa bukan mitos kot
"Perasan tak kadang-kadang walaupun kita excersice tapi lepas makan contoh nasi, berat kita terus naik 1kg, pastu bila bangun tido esok nya berat 1 kg hilang!"
Magik lagi, ingat ni blog magicshow ke? hehe. Menurut Tok Guru Susu Sejat usus kita ni kadang-kadang terlekat dengan sisa-sia yang tak dihadam beratnya boleh mencecah 3kg. Betul ke? Betul la kot. Aku pernah cube makan betik dan pisang(pelawas yang baik) dan selepas buang air besau. Berat aku susut 1 kg! tak caya ke? cube la sendiri.
4.0 FALSAFAH
Sekarang korang dah tau jadual makan aku, pengiraan kalori( harap dah pandai adjust makanan), exercise dan cara atasi plateau. Walaupun nak dekat habis, tapi aku tau kadang-kadang bila buat benda yang berulang-ulang kita akan bosan (boring). Jadi aku sediakan falsafah aku untuk korang jadikan panduan dan motivasi di saat korang rasa nak mengalah.
1. KITA BOLEH BUAT APA SAHAJA YANG KITA NAK, TAPI BILA MATI JE KITA TAK BOLEH NAK BUAT APA-APA. - Ingat ni kawan-kawan, nak jadi superman pun boleh kalau kita nak. Boleh ke? apa pulak tak boleh cuma ambil masa yang lama ja. Pernah tgk shaolin? masuk tangan dalam minyak panas, pecahkan batu, cucuk dengan lembing tapi tak lut. Shaolin benar-benar wujud tapi mereka buat dengan latihan yang keras dan berdisplin.
2. BUAT PERLAHAN-LAHAN, NAK NAIK TANGGA SAMPAI ATAS MULA DARI ANAK TANGGA YANG PERTAMA BUKAN?- Pernah dengar cerita kura-kura dengan arnab lumba kan? walaupun arnab tu laju tapi sebab takbur die tido dulu dalam perlumbaan. Pastu kura-kura yang merangkak secara constant tu menang walaupun lambat tapi tetap sampai di garisan penamat. Aku tau ada antara pembaca nak cepat kurus dan cuba cara extrem tapi ingat ni, kesihatan ada satu. Jadi janganlah membahayakan kesihatan. Biar lambat tapi berjaya.
3. JANGAN CEPAT PUTUS ASA - Ini ramai ni den tau, terutama yang timbang tapi tengok berat badan tak turun-turun pastu bagi alasan. Aku boleh jamin kalau aku bawak 10 orang pergi gym (orang yang tak penah pergi) lepas training cuma 2 orang ja akan training keesokan harinya sebab orang lain tak tahan sakit. Aku nak bagitau hari pertama trainer akan cube uji tahap kekuatan yang boleh korang capai walaupun die tahu korang tak boleh buat tapi yang trainer nak tengok adalah kesungguhan korang. Tengok cerita The Biggest Loser, peserta sampai nangis-nangis, menjerit masa training. Percaya lah trainer akan tersenyum bila tengok orang yang diajar bersungguh-sungguh.
4. NYAWA ADA SATU JA, KALAU TAK JAGA SIA-SIA LAH HIDUP KITA- mesti korang nak hidup lama, yang lelaki nak mempunyai isteri, yang perempuan pula nak suami untuk jadi pasangan hidup, anak-anak, nak tengok mereka membesar kawin dan ada cucu betul tak? bayangkan obesiti kita berada di tahap kritikal sewaktu umur 25 tahun dan korang tak dapat mengecapi kebahagian tadi sebab tak boleh hidup lama, anda tak sedih?
5. SOKONG ANTARA SATU SAMA LAIN- Ibu-ibu, bapak-bapak tolong carikan ...eh silap. Ibu bapa kalau ada anak jangan lah mengajar mereka makan makanan yang tidak sihat, tak kasihan ke nanti anak-anak nak cari gf/bf pun susah. Hehe. Ni bukan point aku, tapi ajar la makan makanan yang sihat supaya mereka dapat bersukan sama macam kawan-kawan kurus yang lain. Ajak anak-anak pergi joging, gym masa lapang. Kawan-kawan ajaklah teman exercise. Abang ajak adik bersenam, jangan ejek adik yang obes. Tutup tv, tutup komputer, games, Ipad, Ipod, Iphone, keluar bersenam jumpa dan bercakap dengan teman-teman baru.
6.STRESS! KURANGKAN MENATANG NI- dengan berlari sekuat-kuat hati. Orang yang selalu sibuk bekerja kebanyakanya mengalami masalah ni betul tak? termasuk aku. Macaman nak selesaikan? Bila aku fikir-fikir memang tak ada cara lain, korang kena beli STATIONARY BIKE. Ada stationary bike yang murah hingga RM900.Kedai fitness concept ada. Apalah ada pada harga jika dibandingkan dengan kesihatan korang. 30 minit sehari exercise dah cukup atau daftar gym tumbuk lah puncing beg banyak-banyak, hilanglah stress.
4.1 Kesan Negatif Obesiti
1.Sakit jantung
2.Darah Tinggi
3.Hipertensi – mempercepatkan proses pengerasan arteri dan mempercepatkan proses penuaan.
4.Kanser
Tips Lain
1. Kalau tak minat jogging korang boleh cuba pelbagai senaman (exercise) lain macam angkat berat (weight training), berbasikal, mendaki bukit, skipping atau pergi gym
2. Letak kat rumah satu penimbang. Tujuan dia untuk mengawasi berat korang supaya tak naik mendadak. Kalau naik, cepat-cepatlah buat sesuatu.
3. Perubahan badan biasanya berlaku dalam masa 3 bulan jadi tetapkan matlamat sehingga 3 bulan dan jangan berhenti sampai 3 bulan
4. Catatkan segala maklumat berat badan setiap minggu, apa yang telah dimakan, adjust bila perlu
5. Banyakan berdoa. Allah ciptakan badan kita, dengan izin Allah jugalah badan kita akan berubah.
5.0 RUMUSAN
1. Matlamat korang hendak susut sebanyak____kg dalam masa _____bulan
2. Kenalpasti kalori setiap makanan, buat pengiraan keperluan kalori harian, kira berapa kalori yang akan dimakan satu hari dan buat jadual pemakanan mengikut matlamat.
3. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu 30minit sehari. Berjoging bukan berjalan dan makan pelawas(betik atau pisang) pada akhir minggu(ahad) bagi membuang sisa-sisa toksik dalam badan.Hehe. Kalau mengalami plateau, tambah jarak joging atau lari dengan laju dari biasa. Plateau weight training pula, atasinya dengan menambah resistance(beban).
4. Jangan putus asa (paling kurang pun 3 bulan) dan kenalah berdisplin.
5. Berdoa dan bertawakal kepada Allah
6.0 Contoh Kiraan
Kamarul berumur 25 tahun dan mempunyai berat badan 120kg dengan tinggi 155cm. Dia membuat keputusan untuk menguruskan badan sebanyak 40 kg dalam masa 8 bulan. Die juga bercadang untuk bersenam 2 kali seminggu iaitu pada hari sabtu dan ahad. Die ingin memulakan pogram pada 1 Januari 2012 dan berakhir 31 Ogos 2012.
Data:
Umur: 25 tahun
Tinggi: 155cm
Berat: 120kg
Bersenam: 2 kali seminggu
Mahu kurang : 40kg
Tempoh: 8 Bulan ( 1 Januari 2012-31 Ogos 2012 )
Jumlah minggu: 35 minggu
Layari susu sejat dan kira keperluan kalori harian
http://sususejat.com/
Keperluan kalori harian kamarul = 2050 kcal
"Nak susut 0.45kg kena kurangkan kalori sebanyak 3500kcal"
Berapa kg dalam seminggu kamarul kena susut = 40 kg / 35 minggu = 1.1kg
Kalori yang perlu dikurangkan dalam seminggu = 1.1kg/0.45kg x 3500kcal = 8556 kcalKalori yang perlu dikurangkan dalam Sehari = 8556kcal/ 7hari = 1222 kcal
Jumlah kalori dalam makanan yang perlu dimakan oleh kamarul dalam sehari
= 2050 kcal - 1222 kcal
= 2050 kcal - 1222 kcal
= 828kcal
Ni pulak cara nak baca lebel
Cara merekod berat badan setiap minggu
Kesimpulannya, Kalau kamarul mahu mengurangkan 40kg dalam masa 8 bulan dia perlu bersenam paling kurang 2 kali seminggu ( kalau lebih bagus ) dan dia perlu makan makanan yang kalorinya 828kcal setiap hari selama 8 bulan. Dengan displin yang tinggi dan semangat tak putus asa. InsyaAllah boleh dapat sasarannya. Sekarang buatlah kiraan untuk anda sendiri.
ps: Makanan boleh di pelbagaikan supaya tak bosan asalkan nilai kalori tetap sama
7.0 KESIMPULAN
Marilah aku, kau, mereka, kami semua bersama-sama menjalani kehidupan yang sihat, tak kira lah sama ada tabiat merokok, arak maksiat , semua benda-benda yang tak baik bukan mesti, tapi wajib dibuang. Supaya generasi sekarang dan akan datang dapat hidup dengan sihat tanpa penyakit. InsyaAllah. Saya ingatkan pembaca, jadi saya harap pembaca ingatkan orang lain supaya menjaga kesihatan dan sekarang pembaca sudah mempunyai ilmu jadi kena amalkan. Ilmu tanpa amal tak guna kan? betul tak?huhu. Saya minta maaf jika terkasar bahasa dan jika saya melakukan kesalahan, betulkan saya.Segala pertanyaan saya akan cuba jawab.
8.0 SPECIAL APPEARANCE
Terima kasih Buat Pembaca dan orang-orang yang tersayang.
"Assalamualaikum dan salam sejahtera"
"Saya dah pun berjaya melakukannya"
"Kalau saya boleh"
"Anda juga boleh"
"Jagi mulalah dari sekarang, jangan tangguh lagi, Good Luck!"
Ps: sebenarnya berat badan ideal aku ialah 70-75kg. Aku dalam proses nak menuju ke arah tu. Tapi kalau korang fikir balik susut 19kg dalam 2 bulan adalah satu pencapaian yang besar bukan? kira satu minggu berat aku boleh turun dalam 2kg. Tujuan Aku buat blog ni bukan untuk berlagak tapi untuk memberi motivasi, ilmu. Kalau kita nak sesuatu kita memang boleh dan blog ini adalah sebagai rujukan jika aku gemuk balik selepas ni. Tak ada perkara yang mustahil pun. Ingat tu.
Sebelum
Selepas
Mitos Lain:
"Excersice kardio seperti berjogging akan mengurangkan rasa lapar atau nak makan, tapi kalau buat weight training kita akan cepat rasa lapar"
Ni mitos ye, tak cakap pun betul, nak tau betul ke tak? buatlah eksperimen sendiri.
Ingat ye, aku tak akan bertanggungjawab ape-ape yang berlaku pada korang. Kalau korang mahu cuba pogram aku, Cubalah? tak rugi apa-apa pun kan? Jika terasa sesuatu tak kena. Atau sakit secara tiba-tiba. Contoh sakit perut, makanlah sesuatu seperti sekeping roti. Sakit ni sebenarnya perut belum biasa lagi, makan sedikit supaya sakit hilang tapi jangan makan melampau. Itu melantak namanya.
Kalau korang sukakan artikel aku, aku mintak tolong korang tekan +1 kat bawah ni (yang ada tulis Recommend this on google). Kita sama-sama tolong orang yang nak kurus ( sihat ), kita kongsi ilmu disamping dapat pahala. Aku tak mahu duit, yang aku mahu lihat semua orang di dalam dunia ni hidup ceria dan sihat walafiat. InsyaAllah. Assalamualaikum w.b.t . Peace yo!
Nak Tanya Soalan atau komen tekan kat comment(warna biru)
ReplyDeleteWow you memang inspirasi. Banyak kot lose weight. TP betul, lagi berkesan tgk the biggest loser sambil makan. nnti tk jd makan. aahahaha !
DeleteAnyway, jemput ke blog saya untuk info2 kekal fit and slim.
>>>Tips Slim & Fit Semula Jadi!<<<
thnxs 4 da info .. tp bab mkn tu susah sikit sbb duk ostel ..
ReplyDeleteJadi kalo beli makanan kat luar(gerai atau kantin) buat portion control...kawal kuantiti...
Deletehuu...terima kasih bab info neyh sangat sangat berguna..thanxx a lot :))
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebest lh blog awk
sy tgh on diet jgk
skrg 49 kg
nk kurang lagi 6kilos yg degil
hehe
doakan sy ye
and thnks for the tips
helps so much!!
salam
ReplyDeletebest lh blog awk
sy tgh on diet jgk
skrg 49 kg
nk kurang lagi 6kilos yg degil
hehe
doakan sy ye
and thnks for the tips
helps so much!!
Salam bro.. I need to tell you these:
ReplyDelete1) Terima kasih sebab berkongsi banyak ilmu tentang diet dalam blog ni.
2) Saya kagum dengan tulisan you bro. Saya suka cara you olah ayat, siap dengan contoh2 sekali!
Thanks again bro for this brilliant blog post. Sekarang saya bukan sahaja bersemangat untuk terus berdiet, maah berhasrat untuk menjadi seorang penulis yang bagus seperti anda! =)
Tahniah sbb dpt turunkn berat badan.... now sy pown dh berjaya turunkan 8kg dlm masa 2 minggu.. just kawal mkn ngan exercise je..
ReplyDeleteWahh mcm mna tu awak makan apa ye menu harian awak
DeleteFuyoo!! ^_^
ReplyDeleteTak pernah baca tips mcm nii , confirm boleh ikut nii.
Banyak dah blog aku pergi semuanya hampeh. Terima kasih sbb kongsi ilmu yg sngt berguna nii. snGt2 meMbaNtu!!!
Thank you for the tips bro. Actually berat badan saya naik mendadak kerana stress kerja... naik dalam 10 kg.
ReplyDeleteThanks for the tips . Boleh tak kalau kasi emel ke ? Sbb saya nk kasi u tgok menu yg i dah buat tok diet i . Tapi tak sure lah . If boleh lah . Hehe
ReplyDeletefirdauz_x@yahoo.com
DeleteAssalam. Thanks a lot for your pack info. They do help a lot. Wish me the best of luck in reducing 10kg in 2 months. Life as a student totally hectic and stressful. Sama la kte ya! Btw, diet supplements membantu ke tak rasanya?
ReplyDeleteSudah tentu suplemant dpt membantu. Tapi make sure selamt dan sudah di uji di makmal. Supaya tidak memudaratkan kesihatan....suplement membantu bit tak wajib ye
DeleteNak juga kurus mcm tu
DeleteNak juga kurus mcm tu
DeleteJika kita ambil kalori kurang DCR ape bezanya dgn kalori kita perlukan sharian??shari selalu awak ambil brpa hidangan buah sbb kalu trlbih ambil buah pun xbole jgk
ReplyDeleteGOOD ENTRY
ReplyDeleteSalam nk tny, kalau berat bdn kite dh ideal, but still kite nak turunkn lgi, boleh ke? N kalau kite amalkan diet atkin tp hny utk seminggu..? Berat 52kg tinggi 160cm
ReplyDeleteBoleh.tapi kacau awak punye diet. Jgn guna diet yang sama.untuk elak plateu.as long ada kalori defisit. Awk guna diet atkin pon xde masalah.
DeleteHarap akak dpt ikut diet...skrg 135 kg...
ReplyDeleteSelalu gagal diet..mula2 ok lps tu semua hancusssss...
Jgn putus asa . Ingat .perubahan berlaku majoritinya 3 bulan. Good luck. Sy doakan akak berjaya
DeleteSalam saya rase saya ade jadi plateau tu. Saya exercise dekat 2 hari sekali. Tp kurangkan makan la Jugak. Nasi xmkn banyak pun. Tp berat mcm makin naik pulak. Skarang 50 kg. Padahal tinggi 147 je. Malu kalau gemuk. Sedihnyeeee
ReplyDeleteSalam. Sy selesaikan plateu dulu.
DeleteUbah cara awk exercise. Kalo dulu 30 minit. Sekarang ubah 1 jam . kalao dulu jumping rope. Ubah joging atau strength training. Dari segi diet contoh dulu mkn nasi ubah makan spegeti atau bihun sup atau sandwich.bagi badan rasa 'terkejut'
Sekarang kenapa berat berubah?
DeletePercaya tak berat pukul 8 pagi tak sam dengan berat 8 malam. Berat sebelum makan tak sama dengan lepas makan? Berat lepas mkn mgkin bertambh 1kg! So saya syorkan awk timbang selepas bangun pagi seblm sarapan.dan pakai baju yang sama. Kerana setiap baju ada berat yang berlainan atau pun ....yang ni awk paham sendiri ye.....jgn putus asa dlm melakukan sesuatu. Buat secara kosisten diet dan senaman. Tanpa awk sedar awk akan berjaya lakukan nya. Jgn tgk timbang sgt. Mingkin seminggu sekali. Awk mesti bersenam dan kurangkan makan malam.....gud luck
Salam saya rase saya ade jadi plateau tu. Saya exercise dekat 2 hari sekali. Tp kurangkan makan la Jugak. Nasi xmkn banyak pun. Tp berat mcm makin naik pulak. Skarang 50 kg. Padahal tinggi 147 je. Malu kalau gemuk. Sedihnyeeee
ReplyDelete=1
ReplyDeleteNak tya pasal pengiraan kalori diperlukan.....kenapa 3500kcal kena darab dgn 2...
ReplyDeleteSebab 3500kcal = 0.45kg
ReplyDeleteJika nk kurangkn 1 kg darab dengan 2. So 3500kcal x 2. Lbih kurang 1kg. Yg sbnrnya 0.9kg. Nak mudahkn kiraan drb sahaja dengan 2. Untk menjadikannya 1kg.
Terima kasih dan harap ilmu ini dpt membantu.
ReplyDeleteSaya skrg 60kg dan nak turun 20kg . Sbb tinggi hanya 143cm je . So nk berat 45kg . Kalau saya stop mkn nasi tapi amalkan bihun soup dan kurangkan minuman manis tanpa exercise . Boleh jadi ke dlm masa 3 bulan saya capai berat yg saya inginkan tu ?
ReplyDeleteSalam,boleh tu boleh tanpa excersice, tapi lebih bagus exersice sebab die meningkatkan metabolisme, lepas exercise kita akan rasa ringan. sbb mgkin die memproses makanan dengan cepat berbanding tidak excercise. 30min pon jadilah sehari.
DeleteDiucapkan jutaan terima kasih diatas info yang sangat berguna ini....
ReplyDeletesy jadikan abg sebagai pembakar semngat sy....org laen bley buat xkn sy xley wt...no pain no gain...doakan sy...
ReplyDeleteWah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Nak Kurus Dengan Cepat
ReplyDeletetahniah dengan kejayan saudara.Dan banyak tips berguna yang saya baru tahu.Cekal dan kental saudara. Saya pun tengah usahakan menurunkan berat badan sikit selepas bersalin ni..
ReplyDeletehttp://qaseh83.blogspot.com/
Abang saya nak tanya nih. Jika malam hari liat angka timbangan contoh'y 58kg.esok pagi bangun tiba2 57kg.wajar kah bang? Trus berat badan yg bisa jadi patokan yg mana bang???
ReplyDeleteAbang saya nak tanya nih. Jika malam hari liat angka timbangan contoh'y 58kg.esok pagi bangun tiba2 57kg.wajar kah bang? Trus berat badan yg bisa jadi patokan yg mana bang???
ReplyDeleteAmbil timbangan selepas bangun tidur sebab makanan tidak ganggu hasil nilai timbangan, bangun pagi semestinya perut kosong dan mkanan telah dibakar, esoknya pun sama, lusa pun sama, dan hari-hari seterusnya pun sama. tapi jika ambil timbangan selepas waktu makan tentu hasilnya akan diganggu oleh makanan yang telah dimakan. ambil waktu pagi selepas tidur, baju pun ade beratnya sendiri, maka nilai sebenar ialah....tau tau je la kan?
ReplyDeleteTerbaik bro mmg membuat inspirasi dan sesuai untuk disharekan untuk sume
ReplyDeletetq, semoga bermanfaat. sama2 kita jaga kesihatan
DeleteTerbaik arr blog ko bro..aq skrg dlm proses penurunan berat badan berat asal 99.7kg..berat skrg 94.4..lps 24 hari dah turun 5.3kg..aq jd kan blog ko sbg rujukan..tp aq buat kardio n weight training hari2..hari2 g gym main treadmil n beskal..sehari aq make sure burn 500-600 kalori kat gym..
ReplyDeletesalam. tahniah kerana dapat kurangkan berat. semoga mencapai berat ideal. berusahalah. terima kasih juga kerana jadikan blog ni sebagai rujukan. semoga bermanfaat
DeleteSaya yat,berat saya 95kg skg.sy nk kurangkan berat ideal 60kg.boleh ke.bpa lama?skg sy mkn oat n kurangkan mkn manis.n baru beli treadmill machine.mcm mna nk kurangkan berat menggunakan treadmill machine ye firdauz?
ReplyDeletesalam, kalau ikut dari beza
Delete95-60=35kg
katakanlah seminggu defisit 1kg
35kg=35minggu=+-9 bulan
kalau awk btl2 serius,
jangan ambil langsung gula, minyak dan garam.
ambil kalori dalam 1000kcal sehari.
kalo boleh setiap hari joging 30min buln pertama, 1jam bulan kedua, 2 jam bulan ke tiga....
saya cadangkan joging kat luar, tasik ke hari sabtu ahad, hari biasa treadmill, bykan minum susu dan tomato tuk jaga tulang,sbb byk berlari
Thanks for sharing your tips... begins Sgt Sgt utk saya even saya guna Atkin. Sumber inspirasi π
ReplyDeleteThanks for sharing your tips... begins Sgt Sgt utk saya even saya guna Atkin. Sumber inspirasi π
ReplyDeleteMoge bermanfaat, selebihya serah pada Allah
DeleteDa kawal cara pemakanan dgn exercise org tegur bdn nmpak susut tp bila timbang berat sama je π acane ni.. nk amek supplement kurus xberani
ReplyDeleteSalam.Dah kawal maksud awk tu brapa lama? kata kunci kosisten, walau brapa lama awk berdiet secara sihat, awk cuba kekal sampai dia jadi tabiat, atau gaya hidup. elak makan makan berminyak, berlemak, manis dan masin, makan secara bernisbah, daging, sayur, nasi. tetapkan matlamat berdiet secara sihat dan bersenam untuk kesihatan dan mengelakan penyakit...semoga bertahan dalam mencapai matlamat. gud luck
ReplyDeleteSalam.Dah kawal maksud awk tu brapa lama? kata kunci kosisten, walau brapa lama awk berdiet secara sihat, awk cuba kekal sampai dia jadi tabiat, atau gaya hidup. elak makan makan berminyak, berlemak, manis dan masin, makan secara bernisbah, daging, sayur, nasi. tetapkan matlamat berdiet secara sihat dan bersenam untuk kesihatan dan mengelakan penyakit...semoga bertahan dalam mencapai matlamat. gud luck
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletepagi saya cuma amik granola....air mineral 2-3 liter campur chia seed...tgahri makan lauk saja...ayam/ikan dan sayur....petang/malam berbasikal(exersice bike tu je)30-40minit...mlm mkn lauk2 jugak...nasi amik kadang2..dalam 3sudu makan...sesuai x cara diet cm ni...berat susah sngt nk trun..xtaw knpa :(
ReplyDeletecube tkr mkn mlm kepada buah2an. mkn sblm kul 6 dn 9
ReplyDeleteok2....tq...ok nk tya lagi satu soalan....pasta blh x kite mkn mase diet....
ReplyDeletepasta boleh makan..... clean carb tu.
Deletejika x salah satu pinggan 1000kcal. betulkan jika salah ye.
Thanks sebab tulis artikel ni. Penulisan yg santai, mudah difahami & siap dgn tips, menu, kira kalori etc. Hidup tak boleh nak ikut sgt selera. Jgn jugak bergantung dgn ubat kurus yg semestinya ada efek jangka panjang. Jaga makan, jaga exercise, jaga disiplin & yg penting niat kena betul & doa byk2. Thanks bro. Nice sharing. God bless u. Assalamualaikum. π
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThank you for the good words. Moga Allah merahmati awak. Tiba tiba rasa mcm nk exercise skrg gak. Thank you so much!
ReplyDeletePergh..detail gile guide
ReplyDelete
ReplyDeleteπ
Info yg baik boleh try
ReplyDeletenice sharing , saya pun dalam proses nak turunkan berat badan.. mmg betul pun apa yg bro kata, jaga makan sangat penting n saya dah berjaya tinggalkan junk food & minuman manis dalam masa 2 bulan.. (bulan pertama gagal diet & exerciseπ)
ReplyDeletehopefully, lepas baca blog bro dpt jgk laa kekalkan momentum tu utk capai ideal weight.. x sabar rasa nya ..
Tq utk tips... semoga ilmu yg dikongsikan ini memberi manfaat utk semua dan menjadi pahala berpanjangan utk saudara... jom sama2 sihat...ππππ
ReplyDeleteTerima kasih banyak sudi kongsi banyak ilmu best! InshaAllah akan cuba aplikasi. Moga tuan terus kurus dan sihat.
ReplyDeleteSgt detail.. Terbaikπ
ReplyDeletenak kurus kenalah buang tenaga yg berlebihan dalam bentuk lemak kat badan, wat pa nak minum minuman tenaga lagi..
ReplyDeleteWahhh.. Terima kasih bnyk2 sebab share! Ikutkn hati sy tgh kecewa dan hampir give up sebab berat badan sy x turun2 even dah diet and senam sebab plateau. Bila sy baca pengalaman awak sewaktu plateau terus sy jadi semangat balik nk teruskn diet sy. Btw sy dah turun 7kg dalam masa sebulan dan berat badan sy x turun2 hampir 2 minggu. Huhu... Keep going and never give up!
ReplyDeleteAssalaam. Info yg saya cari2 selama ini, baru jumpa. Cukup detail. Sgt bermanfaat.
ReplyDeleteTerimakasih.