Assalamualaikum, seperti tajuk kat atas, syarat-syarat sah sebelum ke gym adalah;
a) Lelaki
b) baligh
Haha, gurau ja, apa yang aku nak bagitau adalah mengenai etika-etika bagi aku sesuai diguna dalam gym. Apa yang aku nak kongsikan adalah bedasarkan pengalaman aku sepanjang 3 tahun training di gym. First gym yang aku pernah jejaki adalah kat senawang Ali gym. Sini bermulah aku yang dulu nya gemuk menjadi kurus. Gym kedua dekat keramat AU3, trainer aku iaitu Abg Saiful banyak ajar aku pasal training dan nutrition. Kat sini aku serius dalam bodybuilding, jaga makan dan sebagainya. Tempat ke 3 dekat wangsa Maju seksyen 2 kalau aku tidak silap. Masa ni saja-saja aku main gym dan yang terakhir Master Sara Gym kat Port Dickson.The best gym aku penah pergi sebab semua orang ramah-ramah. Trainer aku ialah Abang Kent dengan tag 'Papa Jahat'
Master Sara Gym Port Dickson
Kakak empunya kedai, baik giler selalu bagi masuk free
Alatan dia boleh dikatakan lengkap dari chest sampai ke kaki
Tanpa buang masa lagi aku akan senaraikan beberapa etika semasa berada di gym
1) Datang dengan perasaan rendah diri dan jangan berlagak.
Sebab apa? ada orang dalam gym yang mempunyai banyak ilmu dan kadang-kadang kita tak tahu sama ada kita buat betul atau salah semasa training
Ni dia abang Kent
2) Nak bertanya tapi segan? tips dari aku korang training dengan cara salah aku boleh gerenti ada orang akan datang kat korang dan ajar korang training dengan cara yang betul. Percaya tak kalau aku kata orang yang badannya ber 'muscle' sebenarnya baik hati tak macam dalam fikiran kita yang katakan dia seorang yang rock dan ganas?
Trainer Faisal, banyak train budak-budak baru
4) Biasakan training berpasangan. Sebab menjamin keselamatan, memberikan korang motivasi semasa training dan beri masa rehat bersela semasa training(maksudnya, training bergilir-gilir, sorang rehat, sorang lagi training begitulah sebaliknya)
5) Lepaskan tekanan di gym, jangan simpan-simpan. Aku rasa happy bila dapat pergi gym sebab semua tension aku lepaskan kat gym. Bila aku marah , aku dapat angkat besi berat-berat. Aku boleh jerit dan takde sape nak halang.
Tumbuk punching bag salah satu kaedah melepaskan stress
6) Tegur dan cari kawan baru kat gym. Ha, kat gym korang akan bertemu macam-macam orang, macam-macam cerita. Aku pernah jumpa guru dan ada juga taukeh jual minyak komersial. Siapa tahu kita akan jumpa rezeki macam bisnes partner. Tak pun ada ilmu lain yang boleh dikongsi, malah kawan lama pun kita boleh terjumpa. Jadi, jangan sombong nak tegur kawan kat gym
Cari kawan di mana sahaja kita berada
Ni pulak kata-kat Motivasi aku semasa dekat gym
SHUT UP AND TRAIN!
NO PAIN NO GAIN
NEVER GIVE UP
dan Selamat Ber 'Training' di Gym